Assalamualaikum wbt.
1st of all, penulis nak cakap, giler lama tak hapdet belog nih.. haha and by the way alhamdulillah penulis sihat sejahtera.. just got busy a bit lately..actually busy doin nothing pon boleh..haha
simply says banyak jugak benda berlaku kat dalam hidup penulis in this year.. my dad passes away.. my name wasn't on the list of posting for october intake.. and many more..kalau cerita satu-satu nanti founder blogger ni marah kang. haha cume penulis nak tulis kat sini ape yang kita harapkan tu ade reason yang tersendiri kenapa kita dapat dan kenapa kita tak dapat.. thats all..haha all the bestt to all of you anyway.. don't regret on anything you did, if plan A didn't work, don't worry, we got many more alphabets. just keep moving.
Wednesday, 1 October 2014
Thursday, 25 April 2013
Jiwa Hamba
Jiwa Hamba..
Termenung seketika sunyi sejenak
Kosong di jiwa tiada penghuni
Hidup terasa diperbudak-budak
Hanya suara melambung tinggi
Berpusing roda beralihlah masa
Berbagai neka hidup di bumi
Selagi hidup berjiwa hamba
Pasti tetap terjajah abadi
Kalau hidup ingin merdeka
tiada tercapai hanya berkata
Ke muka maju sekata maju
Kita melemparkan jauh jiwa hamba
Ingatkan kembali kata sakti,
Dari bahang kesedaran berapi
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Oleh: Usman Awang
-Thanks to Passport Express-
Friday, 22 March 2013
S.A.B.A.R
Selalu orang cakap "Kau cakap senang la tapi cuba kau ada kat aku punya tempat. boleh kau bersabar?? " Ya, memang betul sabar tu bukan perkara yang senang. Sabar itu sendiri bukan semudah ejaan S.A.B.A.R dan sabar itu juga bukan boleh di dapati di mana-mana kedai tapi kalau tiada sabar tu, maka kucar kacir lah hidup kita. Apa yang hendak digariskan adalah betapa pentingnya SABAR itu dalam kehidupan kita sebagai manusia yang sangat lemah. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah yakin pada apa yang ditulis oleh Allah kepada kita seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan ia sesuai dengan kesanggupannya"
Thursday, 20 December 2012
PUISI BJ HABIBIE UNTUK ISTRINYA, AINUN
Sebenarnya ini bukan tentang kematianmu, bukan itu. ..
Karena, aku tahu bahwa semua yang ada pasti menjadi tiada
pada akhirnya, ...
dan kematian adalah sesuatu yang pasti ...
dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi, aku sangat tahu
itu ....
Tapi yang membuatku tersentak sedemikian hebat, ..
adalah kenyataan bahwa kematian benar-benar dapat memutuskan
kebahagiaan dalam diri seseorang, sekejap saja, lalu rasanya mampu membuatku
menjadi nelangsa setengah mati, hatiku seperti tak di tempatnya, dan tubuhku
serasa kosong melompong, hilang isi ....
Kau tahu sayang, rasanya seperti angin yang tiba-tiba hilang
berganti kemarau gersang ...
Pada airmata yang jatuh kali ini, aku selipkan salam
perpisahan panjang, ..
pada kesetiaan yang telah kau ukir, pada kenangan pahit
manis selama kau ada, ...
aku bukan hendak mengeluh, tapi rasanya terlalu sebentar kau
disini ...
Mereka mengira aku lah kekasih yang baik bagimu sayang, ..
tanpa mereka sadari, bahwa kaulah yang menjadikan aku
kekasih yang baik ..
mana mungkin aku setia padahal memang kecenderunganku adalah
mendua, tapi kau ajarkan aku kesetiaan, sehingga aku setia, kau ajarkan aku
arti cinta, sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini ...
Selamat jalan, ..
Kau dari-Nya, dan kembali pada-Nya, ...
kau dulu tiada untukku, dan sekarang kembali tiada ...
selamat jalan sayang, ..
cahaya mataku, penyejuk jiwaku, ...
selamat jalan, ...
calon bidadari surgaku ...
- HABIBIE
Tuesday, 18 December 2012
9 Golongan Manusia Yang Solat Tidak Diterima Allah
Solat merupakan tiang agama bagi seseorang mukmin. Ibarat
sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh maka akan roboh lah rumah itu.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara
solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan
barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak
menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”
(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya
tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya
(Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai
tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang
solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,
maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh
dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat
menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu
dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu
itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal
yang buruk.”
Friday, 19 October 2012
Wednesday, 17 October 2012
Air Mata
Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang sangat
ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru
orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang
ditimbulkan air matanya.
Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis
yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan
salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna
bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati
fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan
hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi
pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi
sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan
lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang
tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat
yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana
dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang
dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin
yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang
dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa
kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil
menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah,
keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari
dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga
mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin
leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga
membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan
darah tinggi.
6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu
seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang
menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang
yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi
dengan lebih tenang.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera
berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul
perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan
menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.
Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda
bleh menangis dengan penuh penyesalan.
Subscribe to:
Comments (Atom)






