Solat merupakan tiang agama bagi seseorang mukmin. Ibarat
sebuah rumah, jika tiada tiang yang kukuh maka akan roboh lah rumah itu.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara
solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan
barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak
menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”
(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya
tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya
(Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai
tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang
solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,
maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh
dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat
menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu
dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu
itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal
yang buruk.”

0 comments:
Post a Comment