Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang sangat
ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru
orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang
ditimbulkan air matanya.
Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis
yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan
salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna
bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati
fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan
hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi
pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi
sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan
lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang
tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat
yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana
dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang
dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin
yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang
dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa
kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil
menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah,
keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari
dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga
mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin
leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga
membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan
darah tinggi.
6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu
seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang
menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang
yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi
dengan lebih tenang.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera
berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul
perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan
menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.
Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda
bleh menangis dengan penuh penyesalan.

0 comments:
Post a Comment